"Langit yang tujuh dan bumi serta
sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan
tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak
faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha
Pengampun."
Ai-Isra:44
"Kami akan perlihatkan kepada
mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang
terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas
kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka
kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan
menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"
AL-Fussilat:53
Salah satu penemuan terhebat di abad ini ialah berkenaan perubahan bentuk molekul apabila
seseorang mengucapkan perkataan tertentu atau memikirkan sesuatu dengan perasaan tertentu; Dikatakan molekul air dapat menangkap saranan tersebut lalu mengubah bentuk kepada beberapa formasi tertentu.
Penemuan tersebut adalah hasil kajian seorang saintis Jepun bernama
Dr. Masaru Emoto, 2004.
Oleh itu, ayat-ayat suci al-Quran, zikir-zikir yang memuji Allah dan rasulnya dan sebagainya, tentulah memeberi kesan kepada pembentukan formasi molekul-molekul. Malahan menjadi penawar bagi beberapa jenis penyakit.
Ingat, hampir 80% tubuh kita mengandungi air, lalu bagaimanakah kondisi tubuh kita sekiranya sering mendapat saranan yang negatif?
Wallau Aklam..
Comments
Post a Comment